2. TADABBUR = benar, kita tidak mampu utk melihat Allah, namun kita dapat lihat bukti-bukti keesaran_Nya. Lihatlah di sekeliling kita. Lihat alam yg terbentang luas. Fikirkan betapa penyayangnya Allah sehnggakan makhluk di dalam batu juga mampu hidup, inikan pula manusia sebagai khalifah yg menadah tangan dan memohon bantuan_Nya
3. ZIKIR = Allah swt berfirman yg bermaksud; "(iaitu) org yg beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. ketahuilah dgn zikrullah hati akan menjadi tenang." (13:28)
4. BERIMAGINASI = bayangkan keadaan syurga yg cukup indah. Ada sungai arak dan susu yg mengalir, dilayan dgn bidadari yg cantik, tiada sedih atau buruk sangka. semuanya menggambarkan ketenangan. Fikirkan, layakkah kita menjejakkan kaki ke sana? Bagaimana harus kita ke sana? Syurga boleh menjadi motivasi supaya kita lebih kuat utk menghadapi tekanan hidup. jangan lupa bahawa setiap masalah yg kita hadapi merupakan ujian Allah buat kita dan sesungguhnya Allah hanya akan menguji mengikut kemampuan kita.
5. DOA = beza antara org mukmin dan yg lain adalah kita mempunyai senjata iaitu doa. doa penguat hubungan antara manusia dan penciptanya. Allah swt berfirman yg bermaksud; "Dan tuhan kamu berfirman: 'berdoalah kamu kepada_Ku, nescaya akan Aku perkenankan doa permohonan kamu. sesunguhnya org yg sombong takbur drpd beribadat dan berdoa kepada_Ku, akan masuk neraka Jahannam dlm keadaan hina." (40:60)
dipetik dari majalah Solusi isu 39
dipetik dari majalah Solusi isu 39



