siapa tak sayang Rasulullah? siapa yg tak cinta akan baginda?
Insyaallah.. kita semua adalah umat yang terpilih. umat ISLAM di akhir zaman. umat islam yg tak pernah melihat rasulullah saw tp sentiasa merindui baginda.
tapi...
adakah ungkapan itu hanyalah sekadar omongan kosong. adakah perasaan itu hanyalah sekadar on n off dalam hati kita? adakah itu sudah mencukupi untuk menyatakan betapa besar cinta kita kpd baginda?
cuba kita bayangkan...
pasangan anda hanyalah sekadar melafazkan 'i love you!', 'saya sayang awak!' etc etc..
adakah itu sudah mencukupi?anda mesti mahukan hadiah, kasih sayang, dan macam-macam lagi dari pasangan anda. tak begitu? (opps.. tujuan penulisan adalah sebagai gambaran, bukan galakkan)
sudah menjadi fitrah manusia yang kita mahukan lebih drpd sekadar ungkapan. jadi, jika anda sayang akan rasulullah saw, adakah ungkapan sahaja sudah mencukupi?
jadi, bagaimanakah caranya?
ingin saya kongsikan di sini 5 langkah praktikal yg boleh kita amalkan setiap hari.
1) Berpegang teguh dengan ajaran dan didikan Rasulullah SAW
2) Mengamalkan segala sunnah Rasulullah SAW dari sekecil-kecilnya sehingga sebesar-besarnya.
3) Sentiasa berselawat ke atas baginda Rasulullah SAW.
4) Berusaha menyelusuri haruman sirah baginda dari saat kecil hinggalah baginda wafat
5) Meneruskan usaha dakwah baginda yang telah diwariskan buat ummatnya.
selamat bercinta!

No comments:
Post a Comment