Monday, November 19, 2012

SAVE GAZA!!

Alhamdulillah, masih ramai sahabat-sahabat saya yang 'concern' akan penderitaan umat ISLAM di semenanjung GAZA. Tapi, setakat manakah 'concern' kita ini? adakah sekadar cakap2 kosong yang tidak akan membuahkan apa2 hasil? 

TINDAKAN KITA

1. boikot produk ISRAEL!

IA, banyak lagi produk2 yang boleh menggantikan barangan2 mereka kan? jom sama2 boikot dan saling tegur-menegur jika sahabat2 kita mahu membeli barangan ini.

2. Donation


banyak organization yg sedang mengutip derma utk palestine. sama-samalah kita menyumbang. IA, setiap apa yang kita sumbangkan dapat membantu umat islam di sana. 
Bayangkanlah kita di sini yang hidup senang lenang manakala mereka tak dapat melelapkan mata bimbangkan bedilan bom dan tembakan kereta-kereta kebal yg boleh datang bila2 masa sahaja.

3. DOA

a)doa qunut Nazilah
CARA MEMBACA QUNUT NAZILAH

Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal.

Doa dibaca ketika berdiri untuk I’tidal. Ada tiga cara membaca doa tersebut. Imam boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:

1. Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.
2. Membaca doa Qunut Nazilah sahaja sepertimana yang di dalam lampiran
3. Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah .

Peringatan:
· Jika para Imam tidak menghafal Qunut Nazilah yang dilampirkan, bolehlah membaca doa qunut sepertimana dalam solat subuh. Kemudian doa nazilah ini boleh dibaca selepas solat.

· Imam hendaklah memberitahu para jemaah bahawa qunut akan dibaca di dalam solat agar mereka meng-aminkan bersama doa tersebut.

b) doa selepas solat.
 jangan lupa tambahkan beberapa baris dalam doa harian kita selepas solat utk kemenangan dan keselamatan umat islam di GAZA!

akhir kata, moga2 setiap tulisan saya akan menjadi peringatan dan semangat buat anda dan terutamnya kepada saya sendiri. 

FREE PALESTINE!!!

No comments:

Post a Comment